Jamuan Mesra Bakar Ayam & Kambing Kawasan Rukun Tertangga ( KRT ) Kg Tok Lawit mengiratkan perpaduan sesama masyarakat...di samping program JOM RONDA bersama Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Intergriti Nasional ( JPNIN ) bagi memastikan keselamatan kampung terjaga..
Sunday, March 15, 2015
KE TANAH SUCI
Mengenang kembali keberangkatan ke tanah suci bagi menunai rukun islam ke lima...semuanya warga kampung memberi kerjasama dan perihatin sehingga ke lapangan terbang sultan mahmud...terima kasih warga tok Lawit...
MAKAN TENGAHARI BERSAMA PEMUDA ADUN AIR PUTIH KEMAMAN
Menyediakan makan tengahari kepada pemuda wawasan ADUN AIR PUTIH Kemaman Terengganu D'SERI LAWIT CORNER "
Wednesday, March 4, 2015
SEJARAH KG TOK LAWIT
Kampung Tok Lawit pada asal nya telah di beri nama oleh seorang penduduk tetap/asal di sini bernama TOK HAJI YUNUS.Tok haji Yunus merupakan Tok Nyang kepada ibu blogger ini.
Mengikut sumber orang tua-tua dan apa yang di fahamkan pada ketika itu,Tok Haji Yunus antara tokoh agama yang hebat dan bersahabat rapat bernama TOK KIE LAWIT.Tok Kie Lawit di percayai berasal kawasan perkampungan kecil di bukit /Sungai Lawit yang sekarang ini berada berhampiran Tasik Kenyir.
Setelah mangkat nya Tok kie Lawit,maka Tok Haji Yunus penduduk asal dari kampung ini menama kan dengan nama KAMPUNG TOK LAWIT.Menurut cerita nya Tok Lawit tidak meninggal dunia di Kampung ini.
Setelah ketiadaan Tok Lawit ( Tok kie Lawit ) ,Tok Haji Yunus merasa kesunyian..Pada masa itu juga telah didatangi seorang tokoh agama kata nya dari kampung Pulau Manis Serada dikenali dengan nama TOK BUNGA TANJUNG dan keduanya berkawan rapat bersama Tok Haji Yunus dan membina Kg Tok Lawit seada nya.Selepas itu Tok Bunga Tanjung juga wafat dan sejarah perkuburan nya masih bersemadi di perkuburan di Kg Tok Lawit..Sekali lagi Tok Haji Yunus kehilangan sahabat...
Mengikut sejarah nya..terdapat seorang lagi datang ke Kg.Tok lawit yang di kenali sebagai TOK MUSIH dan beliau juga bersemadi di Kg Tok lawit dan kubur nya masih menjadi lagenda hingga ke hari ini..
Itu lah retetan sejarah tercetusnya nama perkampungan TOK LAWIT yang ada sekarang...
Sekian sebagai info buat anda semua..Jika terdapat info lain..hanya lah secara kebetulan.
From haji mie lawit.
LAWATAN KE KEMENTERIAN KOMUNIKASI MULTIMEDIA DI PUTRAJAYA
Sekitar lawatan Jkkk Tok Lawit ke Pejabat Timbalan Menteri Komunikasi Multimedia -Dato Jailani Johari di Puterajaya..
Subscribe to:
Posts (Atom)