Wednesday, March 4, 2015

SEJARAH KG TOK LAWIT

Kampung Tok Lawit pada asal nya telah di beri nama oleh seorang penduduk tetap/asal di sini bernama TOK HAJI YUNUS.Tok haji Yunus merupakan Tok Nyang kepada ibu blogger ini.

Mengikut sumber orang tua-tua dan apa yang di fahamkan pada ketika itu,Tok Haji Yunus antara tokoh agama yang hebat dan bersahabat rapat bernama TOK KIE LAWIT.Tok Kie Lawit di percayai berasal kawasan perkampungan kecil di bukit /Sungai Lawit yang sekarang ini berada berhampiran Tasik Kenyir.

Setelah mangkat nya Tok kie Lawit,maka Tok Haji Yunus penduduk asal dari kampung ini menama kan dengan nama KAMPUNG TOK LAWIT.Menurut cerita nya Tok Lawit tidak meninggal dunia di Kampung ini.

Setelah ketiadaan Tok Lawit ( Tok kie Lawit ) ,Tok Haji Yunus merasa kesunyian..Pada masa itu juga telah didatangi seorang tokoh agama kata nya dari kampung Pulau Manis Serada dikenali dengan nama TOK BUNGA TANJUNG dan keduanya berkawan rapat bersama Tok Haji Yunus dan membina Kg Tok Lawit seada nya.Selepas itu Tok Bunga Tanjung juga wafat dan sejarah perkuburan nya masih bersemadi di perkuburan di Kg Tok Lawit..Sekali lagi Tok Haji Yunus kehilangan sahabat...

Mengikut sejarah nya..terdapat seorang lagi datang ke Kg.Tok lawit yang di kenali sebagai TOK MUSIH dan beliau juga bersemadi di Kg Tok lawit dan kubur nya masih menjadi lagenda hingga ke hari ini..

Itu lah retetan sejarah tercetusnya nama perkampungan TOK LAWIT yang ada sekarang...

Sekian sebagai info buat anda semua..Jika terdapat info lain..hanya lah secara kebetulan.

From haji mie lawit.

No comments:

Post a Comment